~Firdaus Fauziz~

~Firdaus Fauziz~

Sunday, February 27, 2011

.:Say "YES" to Health Care:.

"Kesihatan diri merupakan harta dan aset yang paling bernilai namun ramai dikalangan masyarakat kita yang tidak menyedarinya. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. 'Penyakit-penyakit tenat' punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat." from: Dato Dr. Firdaus Fauziz(he3)

Pesanan ini dituju kan buat diri ini dan juga you all..(alamak! ckp org puteh plk..he3) "Lambat Makan,itu pn Bahaya!" so,jngn melambat-lambatkan time makan yer..boleh memudaratkan kesihatan diri 2.. "makan ketika lapar & berhenti sebelum kenyang"prnah dngar kn ayat nie...he3

Gunakan panduan "makan secara sihat"


  • Makan pelbagai jenis makanan
  • Makan lebih bijirin, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Imbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti-aktiviti fizikal
  • Pilih makanan yang kurang kandungan lemak, kolestrol, garam dan gula
  • Minum sekurang-kurangnya 6-8 gelas air sehari
  • Sedia, hidang dan makan makanan yang bersih dan selamat
dan jangan lupa juga untuk bersenam yer,bnyak faedah yg akan anda dapat dari aktiviti fizikal dan senaman yang tetap

Faedah-faedah bersenam

  • Menjadi cergas
  • Mengawal berat badan
  • Membina stamina dan kekuatan
  • Meningkatkan kelenturan sendi, gerakan badan dan mencegah kecederaan
  • Menuatkan otot, tulang dan sendi
  • Meningkatkan fungsi jantung, paru-paru dna peredaran darah
  • Memperbaiki postur badan
  • Menyerikan wajah dan meningkatkan ketrampilan diri
  • Mengurangkan tekanan mental
  • Melambatkan proses penuaan seperti osteoporosis di kalangan wanita menopos
  • Meningkatkan interaksi dan hubungan kekeluargaan

Senaman bersama keluarga/berkumpulan juga menyeronokkan dan juga dapat mengeratkan silaturrahim

  • Libatkan ahli keluarga dan kawan-kawan bila melakukan senaman
  • Ketahuilah bahawa terdapat pelbagai senaman, permainan dan sukan dimana anda dan keluarga boleh lakukan bersama contohnya seperti :-

  1. Futsal
  2. Berbasikal
  3. Berjoging
  4. Berenang
  5. Bermain badminton


"Jagalah kesihatan diri..Renung-renungkan"


No comments: